Ahad, 23 Januari 2022

ENDOMETRIOSIS STAGE 4, RAHIM TERBALIK BOLEH HAMIL??-PENGALAMAN HAMIL

 

PENGALAMAN HAMIL KETIKA MENGHIDAP ENDOMETRIOSIS STAGE 4 

CYSTS SEBESAR 4CM & RAHIM TERBALIK- PART 1 (UJIAN KESUBURAN)


Assalamualaikum,

Pada entry kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri yang mengetahui penyakit endometriosis selepas kahwin. Saya akan ceritakan dulu bagaimana saya bermula dengan membuat Ujian Kesuburan.

Sy berkahwin pada Febuari 2020..Selepas 8 bulan kahwin sy mula pelik dlm hati selalu tertanya "kenapa aku tak mengandung2 lagi ni, ada apa-apa masalah ke?". Period sy setiap bulan teratur, tiada masalah lambar atau cepat mmg setiap bulan tepat2 je.Jadi senang nk aim bila ovulasi. Rasa sakit sengugut pun tak ada tauuu...Senang citer tak ada apa-apa tanda-tanda penyakit..rasa diri ni sihat je.

Mula la seribu mcm perasaan yang timbul... Kebetulan ternampak satu post sebuah klinik swasta di Putrajaya ni ada buat promotion Ujian Kesuburan..Harga dalam RM300++..Sy pn beritahu husband nak cuba buat ujian kesuburan ni..dia kata OK...sy terus hubungi klinik tersebut dan buat appointment.Husband sy ni mmg jenis turutkan ajer kehendak bini dia ni..hehehe..tq sayang..


Tiba tarikh appointment tu..Dr Faizal...nama Dr yang akan akan handle kes ujian kesuburan sy. Sebelum itu, Dr minta izin suami saya terlebih dahulu untuk masukkan alat ke dalam Faraj sy iaitu Transvaginal Ultrasound Scan (TVS)


sumber:google


Transvaginal Ultrasound Scan (TVS) ni Dr nak tahu sama ada sy ada Cysts, Fibroids dan keadaan rahim sy. Rasa dia xada la sakit sangat sbb alat tu bukan besi just ngilu-ngilu giteww je..Bila scan Dr kata "awak tak ada cysts atau Fibroids tapi.....Rahim awak ni terbalik/ Retroverted Uterus". Sy pandang husband sy...huh...mcm mana plak tu Dr Rahim terbalik??kena betulkan balik ke mcm mana? Dr kata "Eh! xperlu rahim terbalik ni Normal mcm ada org tulis tangan kanan ada kidal tangan kiri...ibarat mcm tu la...Sy pn tanya berulang kali..betul ke Dr?? Kalau saya pergi berurut??boleh ke? Dr tetap kata berurut tak kan boleh betulkan balik Rahim yang terbalik, malah rahim awak makin teruk..jgn terpedaya dengan iklan yg merepek". Dr Faizal sarankan saya mencuba buat IUI..Sebab katanya IUI ni air mani akan sampai terus dekat dengan rahim..Saya pun balik dalam keadaan bingung...tak ada satu pn Family saya yang rahim terbalik ni. Semua Normal dan Subur..anak pun ramai.. 

Jadi saya pun bincang dengan husband untuk buat IUI..Husband kata ok dan kami teruskan buat IUI..Dr tetapkan tarikh bila kami patut buat IUI ni..harga IUI masa ni dalam RM1300++ di klinik swasta paling besar ni Bangi.Kami buat disitu..Tapi bukan rezeki kami...IUI tu tidak berjaya...Husband pun suruh sy berehat dulu jangan fikir sangat bab anak ni..Tapi ye la kita org perempuan pejuang dua garis ni je yg faham situasi mcm ni..Hanya Allah yg tahu perasaan kita kan..seronok sgt tgk org lain dgn anak-anak blh buat kawan-kawan tempat bermain, bermanja..

saya tak putus asa.. sy pergi ke klinik swasta yang lain di Putrajaya dkt dgn rumah diam-diam..Tp Dr yang ni lagi kecewa..Dr perempuan..dah lah muka ketat senyum pun tak dia tanya "berapa lama dah awak kahwin?" saya ckp dah 10 bulan..Dgn nada bersahaja..."lahhh baru 10 bulan..awak kne tggu 2 tahun barulah check...10 bulan tu awal lagi.." Dan rahim awak terbalik ni normal xperlu btlkan..Hospital pun xnak buat operate betulkan rahim ni.. Lepas dari tu sy terus xdtg lagi situ.Dr yg sgt sombong..

Tiba-tiba sy teringat tentang Dr Hamid Arshat..dia selalu operate patient dia yang rahim terbalik menjadi normal semula. Sy pun call klinik Dr Hamid Arshat untuk buat appointment..Malangnya tahun 2020 jadual Dr Hamid Full..kena tggu tahun depan..Jadi sy dapat tarikh appointment pertama dalam awal bulan Januari 2021. Saya akan ceritakan pertemuan sy dan Dr Hamid Arshat dalam entry seterusnya.....




















































ENDOMETRIOSIS STAGE 4, RAHIM TERBALIK BOLEH HAMIL??-PENGALAMAN HAMIL

  PENGALAMAN HAMIL KETIKA MENGHIDAP ENDOMETRIOSIS STAGE 4  CYSTS SEBESAR 4CM & RAHIM TERBALIK- PART 1 (UJIAN KESUBURAN) Assalamualaikum,...